Seramai 600 penduduk di Mukim Renggam menerima kurniaan sumbangan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini (17 November).
Sumbangan akan disalurkan kepada enam kampung di sekitar Mukim Renggam termasuk Kampung Melayu Renggam, Kampung Tengah Renggam, Kampung Chokro, Kampung Sahari, Kampung Haji Noor serta Kampung Sri Ampangan.
Bantuan serta sumbangan peribadi daripada Baginda disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong.
Ketua Kampung Melayu Renggam, Halid R. Alvy berkata, bantuan makanan akan disampaikan kepada golongan memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.
Sementara itu, Dato’ David Wong berkata Baginda Tuanku Sultan sentiasa mahukan Bangsa Johor bersatu-padu.
“Baginda juga menitahkan saya supaya menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.